Saturday, August 4, 2007

Ketua Menteri Melaka Berani.

Keberanian beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (Mafa) oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam harus diberikan pujian. Menurut beliau, perletakan jawatan ini bukan sahaja mahu memberi laluan kepada muka-muka baru yang selain komitmen pentadbiran kerajaan negeri serta mengambil kira saranan Perdana Menteri Pak Lah melarang semua menteri, timbalan menteri dan setiausaha parlimen memegang jawatan dalam persatuan sukan bagi mengelak dibebani terlalu banyak tanggunjawab.

Bagaimanapun arahan dari Perdana Menteri tidak membabitkan menteri besar atau ketua menteri, namun berikutan tanggungjawab yang amat besar kepada pembangunan negeri lebih di utamakan. Walaupun mungkin terdapat suara-suara sumbang mengenai peletakan jawatan ini, pasti beliau lebih positif demi pembangunan negeri Melaka seterusnya kemajuan di dalam Malaysia ini sendiri.

Walaubagaimanapun, arena bolasepak negara kita harus di pandang serius kerana prestasi pemain-pemain negara tidak konsisten. Demi menjaga nama Persatuan Bolasepak Negara, sesuatu harus dilakukan. Walau bersilih ganti presiden atau jurulatih pun kalau pemainnya 'teruk' tiada guna juga. Setiap perlawanan yang diadakan perlu diadakan 'postmoterm' bagi mengenal pasti kekurangan disetiap sudut mahupun pengurusan.

Demi maruah bolasepak negara ini, pemain-pemain seharusnya mempunyai kesedaran membara untuk bangkit menebus kembali kegagalan yang dilakukan. Jangan malas atau cepat berputus asa untuk berjaya. Kejayaan bolasepak negara merupakan semangat rakyat Malaysia. Berlainan bangsa atau agama bukan alasan untuk berkerjasama dalam satu pasukan. Keazaman merupakan tunggak utama dalam memartabatkan arena bolasepak negara ini dari terus dirundung malang.

Bangkitlah pemain-pemain bolasepak negaraku, semarakkanlah semangat yang membara dan berkobar-kobar demi negara tercintamu, pertahankanlah nama negaramu dari terus di pandang rendah oleh negara lain. Kembalikanlah zaman kegemilangan bolasepak negara yang telah lama tidak disebut-sebut. Jadikanlah pasukan bolasepak negara ini digeruni oleh negara lain. Berjanjilah demi Bangsa, Agama & Negaramu bahawa pasukan bolasepak negara ini akan mencipta namanya kembali.

No comments: