Sebagai salah satu parti dari BARISAN NASIONAL, MCA tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang berbaur diskriminasi dan perkauman melalui kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka Wong Nai Chin mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat-syarikat awam bimbang mereka akan dipaksa memenuhi koata pengambilan pekerja yang dikeluarkan oleh kerajaan. Kenyataan Wong itu berbaur diskriminasi selain mendedahkan amalan selama ini di mana syarikat-syaraikat awam seringkali mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan pekerja.
Selain itu juga Ketua Biro Ekonomi Pemuda MCA, Datuk Henry Wong menyebut sektor swasta hanya bergantung pada sumber sendiri dalam soal pengambilan pekerja, dan dalam konteks ini mereka akan hanya mengambil calon yang paling efisien dan produktif. Apa tujuan beliau?
MCA harus ingat bahawa di Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan agama serta mempunyai kepakaran serta kebolehan dalam bidang masing-masing. Oleh yang demikian bukan sahaja bangsa Cina sahaja yang menyumbang kearah pembangunan negara ini tetapi semua orang tidak kira bangsa mahupun agama telah sama-sama menyumbangkan ekonomi negara yang lebih baik dan maju seperti yang kita kecapi sekarang ini.
Pemikiran kolot dan pentingkan diri sendiri yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin dari kalangan MCA ini harus dibetulkan agar tidak berlakunya tragedi 13 Mei dimana berlakunya pertelingkahan perkauman yang dahsyat. Dimana kaum Melayu dan Cina bermusuhan malah kehidupan sekeliling tidak aman. Sudah pasti masyarakat di Malaysia tidak inginkan ini berulang kembali.
Oleh yang demikian, pucuk pimpinan MCA harus mengambil isu ini sangat sensitif dan memohon maaf diatas kelancangan kenyataan yang telah dikeluarkan bagi tujuan kemakmuran negara ini. Mereka harus ingat bahawa bukan sahaja bangsa Cina yang hidup negara ini tetapi Melayu, India dan pelbagai kaum lain juga sama-sama menyumbang untuk memajukan negara Malaysia tidak mengira agama.
Ingatlah, Malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat majmuk kita harus saling hormat-menghormati sesama bangsa mahupun agama.
Saturday, September 15, 2007
Subscribe to:
Comments (Atom)