Belum reda kes kematian adik syafiah, 3 tahun akibat didera.. berlaku lagi kematian adik nava,18 bulan akibat penderaan. Memang binatang lah pembunuh kanak-kanak ni. Budak yang umur terlalu muda yang tak tau apa.
Tak boleh di bayangkan budak kecil yang di pukul, dipijak dengan lelaki yang berat badan <>75kg. Lebam-lebam pada luar badan tapi dalaman patah riuk, pecah organ.. Ya Allah, apa nak jadi dengan manusia kini. Dah tak de sifat perikemanusiaan dan belas ikhsan..
Mungkin bagi langkah yang baik serta berkesan untuk mengelakkan dari kes dera kanak-kanak ini berlaku lagi, kita jiran tetangga harus mengambil tahu apa yang berlaku di sekeliling kita. Paling tidak pun jiran sebelah atau depan rumah kita. Kalau2 dengar tangisan budak yang membuatkan kita rasa musykil, ambil lah langkah yang sepatutnya. Mungkin dengan mengetuk rumah tersebut jika penghuni rumah tersebut tak mahu buka, kita boleh lah memanggil beberapa orang yang duduk berdekatan dan menelefon polis.
Kanak-kanak ni pelapis generasi kita akan datang. Kalau kita dah buat perkara yang mengakibatkan berlaku berkurangnya generasi masa depan dengan membunuh mereka, apa akan jadi kelak..
Kawal lah perasaan amarah didalam diri. Mungkin sifat kanak-kanak ini agak memenatkan kita tapi ingatlah bahawa mereka ini jugalah yang membuatkan kita ketawa dan akan membuat kita bangga suatu masa kelak..
Thursday, March 4, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)